Bubur Candil




assalamualaikum wbt....
belek2 majalah Rasa,oktober 2011,kakcu
ternampak gambar bubur candil..mmm..terliur..
tenung lama2..wahh tk boleh tahan..pegi dapur
terus buat...;))
bubur candil ni sama kot dgn puteri mandi..;))
kakcu pernah buat bubur puteri mandi,tapi guna
tepung pulut je..bubur candil ni pula guna tepung
pulut dan tepung beras..dan rasa dia kakcu lebih
suka yang guna tepung pulut sahaja..tapi yang ni
pn ok jugak..kalau ada yg nk mencuba tu silakan
lah ya..;))


bahan2:
100gm tepung beras
100gm tepung pulut
100gm gula melaka
100gm gula pasir
500ml santan
70gm biji sago - rendamkan skejap.
sedikit pewarna - merah,kuning,hijau.
2 helai daun pandan

cara memasak:
1. campurkan tepung beras dan pulut,adunkan tepung dgn air dan uli hingga menjadi doh.
kemudian bahagikan adunan kepada bbrapa bahagian dan masukkan pewarna,uli lagi hingga rata.
bentukkan bulat2 kecil.
2. masak air hingga mendidih dan masukkan tepung yang sudah dibentuk. angkat apabila tepung tadi timbul dan ketepikan.
3. dalam periuk lain masak santan. kemudian masukkan gula melaka,gula pasir dan daun pandan. kacau hingga sebati.
4. masukkan pula adunan tepung yang dibentuk tadi dan biji sago. renih dengan api perlahan hingga mendidih.
santan hendaklah sentiasa dikacau bagi mengelakkan berketul.
5. padamkan api,masukkan kedalam mangkuk dan bolehlah dihidangkan...;))

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Lemak Cili Api Ikan Haruan

Lemak Cili Api Daging Rusa

Biskut Rama-Rama