Lepat Pisang




assalamualaikum wbt...
lepat pisang ni kakcu buat semalam untuk bagi
kt jiran..rumah dia ada buat kenduri malam tadi..
pening jugak pikir nak bagi apa....tengok2 pisang
yang abangcu tebang beberapa hari lepas dah masak,
mm..apa lagi melepat lah kakcu..;))
yang kt atas tu gambar lepat yang belum dikukus lagi,
yang dh siap kukus tk sempat nak ambil gambar,
siap je kukus,tak lama kakcu terus masukkan dalam
bekas untuk hantar ke rumah jiran,tk boleh tunggu lama2
takut nanti habis makan sendiri,sbb semua dalam rumah
ni sukaaaaa sangat lepat pisang..yang tinggal tu je yang
kt dalam pinggan..tengoklah gambar pn tk semenggah,
masing2 sibuk hulur tangan nk ambil sorang seketul..haha
takpe..nanti esok2 ibu buat lagi,makan la puas2 ye...;))


bahan2nya:
11/2 cwn tepung gandum
3 cwn tepung pulut
2 cwn air gula melaka - yang dah siap di rebus - 
pisang boyan/emas ~ 15/25 biji
secubit garam

cara2:
pisang di lecek dn di campurkn dgn tepung gandum,tepung pulut dan garam.
masukkan air gula melaka sedikit2,kemudian di gaul rata..boleh juga masukkn 1 sudu mkn kicap pekat supaya kelihatan lbih cantik..(tapi kakcu tk masukkan kicap pn..)
slps tu boleh lah di bungkus dn di kukus dalam 20minit...;))

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Lemak Cili Api Ikan Haruan

Lemak Cili Api Daging Rusa

Biskut Rama-Rama